Inai Lukis / Ukir – Haram Ke ????

Last night my roommate & I had a discussion about inai lukis ni…yg slalu newlywed pki kt tgn n kaki tu…Actually I’m a bit confuse psl hukum pki inai ni….so, early morning aku smpi kt opis, aku pn search la psl ni….ni hasil dari google searching aku….

Ni hasil google search yg pertama….

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya:

” Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : ” inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Sumber : http://www.mesra.net

Ni hasil google search yg kedua….

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya

baginda bersabda:
“Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.”

Perempuan itu menjawab:
“Aku adalah seorang wanita.”

Baginda bersabda:
“Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.”

(hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).

Sumber : http://nurulism.com

Pendapat aku….

Rentetan dari discussion aku ngn roommate aku last night, kesimpulan yg aku bt menerusi pendapat dia adalah kita boleh pki inai lukis ni kalau niat kita bukan untuk menunjuk-nunjuk….tp dia tny aku blk, ada ka org bt bkn sbb nk tunjuk kt org….slalunya mmg sbb nk tunjuk la, lukisan kt tgn dia tu cantik….hmm….ntah la….tu pendapat dia….

Pendapat aku plak, xyah pki lg baik kot…xyah nk ragu2….senang kn….hahhaha….

p/s : ni Cuma beberapa pendapat ja, klau ada pendapat lain, kongsi2 la ek….bak kata tajuk entry aku sblm ni, sharing is caring….ok…klau ada pape lg, aku gtau na…. 🙂

Lepak Crew

I am me Lets lepak

2 thoughts on “Inai Lukis / Ukir – Haram Ke ????

  • January 26, 2012 at 5:45 am
    Permalink

    ramai yg sangsi pasal pemakaian inai ni,sy selalu google juga. banyak pendapat sebenarnya. Yang penting niat kite la kan. Bagi saya org tengok-tengok camtu je. Kite yang syok sendiri duk tengok henna tu..hehehe…Jom singgah blog sy..ada banyak design henna.