Kasut Tumit Tinggi vs Wanita Hamil

Sandal baru gue….

hujung minggu lepas pegi jalan-2 kat Aeon Jusco Klang….nak tengok iron man 2 sampai ke klang tu….hehe….tapi takpe la…movie tu best…puas hati…

sementara nak tunggu wayang start, sempat la belek-2 sandal yang ada kat situ…ada offer…so, dah berkenan tu, amik ja la…memang dah dalam plan untuk beli pun….almaklumla pregnant women tak elok pakai kasut bertumit tinggi…ni some info untuk kita kongsi sama-2 ok….

Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung. Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi. Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus. Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang. Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang. Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu.

so, bila dah tahu tu, takkan la still nak teruskan pakai kasut tumit tinggi lagi kan…buat la apa yang patut…apa yang dirasakan terbaik untuk diri sendiri… 🙂

Sumber : Di Sini

Lepak Crew

I am me Lets lepak

4 thoughts on “Kasut Tumit Tinggi vs Wanita Hamil

  • May 9, 2010 at 10:36 am
    Permalink

    saya yang tak pregnant ni pun tak larat pakai high heels. huhu. elakkan back pain. kawan saya yang kerja kat hosp cakap memang ramai orang dah tua nanti pergi jumpa physiotherapist pasal back pain.

    Reply
  • May 9, 2010 at 11:19 am
    Permalink

    tu la…pakai high heels memang la cantik, tapi kena pikir gak efect bila umur dah meningkat nanti…tapi kalau nak melaram sekali-sekala, boleh la kot…takut nanti dh tua, teringin plak…hehehe…. 🙂

    Reply

Ape pandangan awok?