Mengidam

pelik tak tetiba ada gambar ni….hehe…ni la ngidam namanya….ada yang panggil buah ni mangga epal…hubby cakap ni buah pelam sabut…aku plak gelarkan buah ni sebagai pelam telur…apa nama pn, asalkan buah yang sama kn…

lama dah teringin nak makan buah ni…kat kedai-2 mana la ada jual kan…nak dijadikan crita, time dalam jammed dari opis nak balik umah, tetiba ternampak kat tepi jalan, dalam kawasan umah orang…cakap ngan hubby n dengan rela hati, ari ni hubby pegi la mintak ngan tuan umah…

tuan umah tak da, yang ada kakak tuan umah, kitorang mintak nak beli, tapi dia tak nak…katanya, dia halalkan bagi pihak adik dia…thanks sesangat kat tuan umah yang tanam pokok ni & kat kakak tuan umah yang baik hati…for me, tak kisah harga, asalkan dapat makan…and dah selamat pun masuk dalam perut ni sebiji…ntah-2 baby dalam perut ni pun tengah rasa kot…hehe…

p/s 1 : thanks, hubby ~ sebab berusaha dapatkan buah ni…dah la terpaksa tebalkan muka g mintak, pastu berpeluh-peluh petik buah ni…sebab pokoknya sangat la tinggi…
p/s 2 : thanks untuk tuan umah and kakaknya…
p/s 3 : wahai baby, bila lahir nanti & dah pandai baca blog ibu ni, ingat jasa-2 mereka k…

sekian… 🙂

Lepak Crew

I am me Lets lepak

Ape pandangan awok?