List Barang Baby

My pregnancy is about 5 months dah…plan dengan hubby, bulan depan nak start beli barang baby sikit-2 dah…awal sangat ke? Hmm…rasanya dah boleh start kan…tak da la kelam-kabut nanti…lagipun kalau nak beli sekaligus, takut tak termampu plak nanti….so, aktivity meng’google’ pn bermula la…ni serba sedikit list barang hasil google’an itu….
PAKAIAN
* Mitten & booties – 4-5 pasang
* Topi – 1 pun dah cukup….
* Baju lengan pendek – 4-5 pasang (almaklumla skarang ni kan panas….)
* Seluar pendek – 4-5 pasang
* Baju lengan panjang – 4-5 pasang
* Seluar panjang – 4-5 pasang
* Barut
* Lampin kain/pakai buang (ikut keperluan…)

PENJAGAAN DIRI (BAYI)
* Bedak
* Losyen bayi
* Baby Oil
* Minyak Telon
* Wet tissue
* Nappy cream
* Cotton ball (yang ni boleh beli cotton biasa and jadikan bulat-2 sendiri…lagi jimat kot…)
* Cotton buds
* Sikat

MANDIAN BAYI
* Tuala
* Besen mandi (kalau mampu beli la bath tub untuk baby punya…klau tak, besen biasa pun dah ok

rasanya…parents dolu-2 mana ada guna bath tub bagai macam skang ni kan…)
* Sabun/mandian bayi
* Syampu bayi

KEPERLUAN TIDUR
* Tilam
* Bantal tidur (2)
* Bantal peluk (1)
* Selimut
* Kelambu (ni untuk prevent baby dari kena gigit ngan nyamuk…)
* Baby coat (tepuk dada, tanya poket….)
* Buaian (ikut selera masing-2…)

KEPERLUAN MINUM
* Susu ibu / Susu formula (fikir-2kan la mana yang the best utk baby sendiri…)
* Botol susu

* Puting
* Bib
* Tuala kecil
* Termos
* Berus cuci botol
* Sabun pencuci botol
* Sterilizer (yang ni pun kena tanya poket dulu…)

OUTING – for me, yang ni boleh tolak tepi dulu rasanya…tapi kalau dah duit berlebih-lebih, takda salahnya nak beli awal-2…skali lagi, tanya poket…)
* Stoller/Baby carrier (pouch/RS/wrap dll.)

* Car seat
* Beg
* Nursing cover
rasanya kalau pasal baby ni, for sure la kita nak dia dapat yang terbaik kan…tapi, tak semua orang mampu…bak kata pepatah, ukur baju kat badan sendiri…nak beli papepun berpada-pada lah…jangan pikir, orang ada, kita pun nak ada…susah camtu…lagi satu, timbang-2 kan la mana satu keperluan, mana satu kehendak…kalau keperluan, camna pun, memang kena adakan gak…tapi kalau kehendak, selalunya sebab nafsu ja….:)
p/s : kalau ada yang kurang, share-2 la erk…1st baby la katakan, takda experience lagi…
Tataa….

Lepak Crew

I am me Lets lepak

One thought on “List Barang Baby

Ape pandangan awok?