Pregnant dan Raya

Raya Raya Raya !!!

Finally, i’m working today…hahaha…setelah seminggu lebih on Hari Raya Leave…mood raya ?? of course la ada lagi…PENAT ??..for sure la babe…

ingatkan beraya dengan perut yang dah hampir 9bulan ok…rupa-2 nya…Hanya Tuhan yang tahu….nak tau kenapa ??…hmm, meh nak cita…

Hari Raya Pertama – masyuk gila…rumah terbuka bersepah-2…pilih ja nak makan apa…my mom masak nasi beriani…pastu cam teringin nak makan bakso & nasi tomato…kebetulan ada jiran yang buat…apa lagi, bila perut rasa cam kosong ja, pegi la menjamu selera…haha…sodapppp….

Hari Raya Kedua – my mom tak masak ari ni…sebab ari ni nak buat tour ke rumah sedara-mara…ari ni dapat makan laksam, mee rebus & mee kari…terbaikkk….TETAPI…selepas tengah malam, sakit belakang mula menyerang…asalnya cam boleh tahan…last-2, gua rebah…hahaha, bukan pengsan…terpaksa gerak hubby…sangat perlukan sokongan time tu…disebabkan tak tahan sangat, air mata pun tumpah…waaa…sungguh sakit…tak leh nak gambarkan camna sakit tu…fuhh, camna la nak bersalin nanti ek…Ya Allah, mudahkanlah urusan ku nanti…

Hari Raya Ketiga – my mom masak lontong…tiap-2 tahun mesti ada punya lontong ni…sebab this is my Tok Yah punya feveret…me & hubby pun suka gak…hehe…

Hari Raya Keempat – tour lagi…dapat makan mee kari & laksa….time makan memang syok…memang tak ingat doniya la orang kata…after balik umah, rehat jap, tengok tv, then tido…hampir pagi, dalam kul 6am, tetiba trasa cam sejuk sangat…walhal sepanjang ngandung ni, saya sentiasa panas…tapi pagi tu, siap pakai selimut and sweater lagi…pastu bleh plak badan menggigil…hubby panggil my parents, then bawa g klinik…tapi klinik tutup, nama ja klinik 24hours…huhuhu…

Hari Raya Kelima – Hari Raya Kesembilan – still demam lagi…yang tak tahannya bukan demam yang berterusan…demam ni kejap ok kejap tak ok…bila ok, peluh mengalahkan orang kerja kontrak bawah matahari yang terik…tapi bila tak ok, time tengahari buta, boleh plak berselimut…so, 5 hari raya ni kurang ceria la for me…

Hari Raya Kesepuluh – demam dah ok…just sakit kepala and pinggang ja…normal kot untuk orang pregnant…dalam kul 9.30am, me & hubby gerak balik KL…

Hari Raya Kesebelas – hari ni la tu…buat apa ??? keja la…apa lagi…. 🙂

walau camna pun, i’m happy coz tahun ni tahun 1st beraya as a wife to my beloved hubby and bakal jadi ibu to my baby….kenangan dan pengalaman ni akan kusimpan dalam kotak ingatan sampai bila…semoga kegembiraan yang dialami ini, akan berterusan hingga akhir hayat nanti…amin….
Sekian dulu noo…Byeeee…. 🙂

Lepak Crew

I am me Lets lepak

Ape pandangan awok?