G6PD deficiency

As i said before, Ziqri merupakan pengidap kekurangan G6PD ( G6PD deficiency). Kat bawah ni basic info je tau..untuk lebih details, consult doktor bertauliah ye..Happy reading guys..

******
G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Ia bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.

Dalam keadaan tertentu, sel darah merah pengidap akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutan, kekurangan G6PD disyaki. 

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang dan terdedah kepada ubat gegat.

Pengidap juga harus memberitahu doktor tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor kerana ada beberapa jenis ubat yang tidak boleh diambil oleh pengidap.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

Paham tak??

As for me, tak lah risau sangat sebab memang dah biasa dengan benda alah ni..nak tau sebab apa?? Sebabnya saya ada 4orang adik lelaki yang kesemuanya pengidap g6pd deficiency ni..Alhamdulillah, diorang sihat walafiat..cuma kena pantang ja la..apa yang doktor cakap jangan tu, jangan la..kalau degil, tanggung sendiri..

Selain dari ubat gegat dengan kacang parang, my parents pesan pengidap tak boleh mandi kolam air panas sebab ada belerang..air panas dalam bath tub tak ada masalah ye..hehe..

Then, for mommies yang breasfeed baby yang ada masalah ni pun kena pantang jugak ye..doktor pun pesan supaya berjaga-jaga kalau nak makan ubat-ubatan tradisional, risau kalau ada bahan yang tak bagus untuk baby..apa-apa pun kena consult doktor dulu..lepas dah stop breastfeed, ko bedal la apa pun..

Till next time

..peace yo..
..xoxo..

Lepak Crew

I am me Lets lepak