Ketulan di payudara

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Saya nak tunaikan janji ni..previous entry ada mentioned yang iolss pernah jumpa doktor due to ketulan dekat breast kan..ni cerita dia..

For info, ziqri masih fully breastfeed..saya perasan tentang ketulan tu dalam 2 hari dah..ketulan tu agak-agak sebesar limau nipis, bahagian bawah breast..sakit kalau sentuh..

Awalnya, ingat mungkin disebabkan besi bra, tapi dah masuk hari ketiga, macam risau pulak kan..so pegi la jumpa doktor..doktor check, and doktor cakap makan ubat dulu..

Saya tanya, ketulan tu apa? Bengkak susu ke? Katanya bukan, kalau bengkak susu, susu tak boleh keluar, tapi flow susu iolls lancar..saya tanya lagi, ada kemungkinan kanser ke? Doktor tu cakap, jangan risau, kalau ketulan kanser, selalunya tak sakit..

Dalam kes saya ni, kemungkinan disebabkan bakteria / kuman..kata doktor, lepas makan ubat, still sakit, datang jumpa dia lagi..Alhamdulillah, saya makan ubat sekali ja, terus lega..

Kesimpulannya, bukan semua ketulan tu kanser..tapi sebagai langkah berjaga-jaga, jumpa la doktor / pakar untuk dapatkan kepastian..

p/s : mungkin ada yang malu or tak selesa bila bercerita pasal masalah payudara ni, maaf la ye..tapi bagi saya, korang tak sakit boleh la cakap malu, bila dah kena kat korang or family korang, sendiri mau ingat la..peace yo !!

Lepak Crew

I am me
Lets lepak