5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Pengawal Wanita Yang Melindungi The Duchess Of Cornwall

Lawatan British Royal ke United Arab Emirates(UAE) minggu lalu  telah menjadi buah mulut dan viral di internet. Pada sekeping gambar yang telah dimuat naik oleh ClarenceHouse di laman Instagram, Her Royal Highness telah dilihat berjalan bersama skuad perlindungan baginda yang keluar dari hotel Emirated Palace Hotel dan kelihatan gagah perkasa.

5 perkara yang anda perlu tahu berkaitan semua BodyGuard Wanita ini:

1. Bodyguard Wanita ini dipilih secara khas untuk tujuan ini

Dipilih dari 50 ahli pengawal peribadi Presiden(Presidential Guard) UAE dan hanya 5 yang terpilih dan mereka adalah:
Ketua: Lieutenant Shaima al Kaabi
Ahli: 2nd Warrant Officer Basima al Kaabi, Corporal Hannan al Hatawi (dibelakang Duchess), First Corporal Nisreen al Hamawi and Salama al Remeithi, yang juga merupakan pegawai rasmi protokol dari court of the Crown Prince.

2. Senjata mereka tersimpan disebalik fesyen yang bergaya

Sambil memperagakan pakaian tradisional yang dipanggil ‘Abayas – pakaian yang menutup keseluruhan badan’, skuad wanita ini masih membawa senjata. Senjata ini tersimpan rapi disebalik pakaian mereka dan bersedia digunakan bila-bila masa yang memerlukan.

3. Terlatih dengan Seni Bela diri dan telah menakluk  gunung Everest

Pengawal wanita ini telah dilengkapi dengan seni bela diri yang mantap dan ilmu pertempuran lain. 3 daripada mereka iaitu Shaima, Nisreen dan Hannan telah berjaya menakluk gunung Everest pada awal tahun ini. Bila salah seorang dari mereka ditanya oleh The Duchess, dia memberitahu yang dia mengambil masa 16 hari untuk sampi ke puncak.

4. Kali Pertama The Royal dikawal oleh pengawal wanita

Lawatan ke Timur Tengah oleh British Royals adalah untuk menggalakan toleransi dan kepimpinan wanita di Abu Dhabi, Dubai. The Duchess gembira dan belum pernah berpeluang mendapat pengawal wanita sebeleum ini. “They are the most incredible women”, kata The Duchess.

5. Tiada komen negatif diterima pada gambar Instagram ClarenceHouse.

#WomenPower

 

Ape pandangan awok?