10 kali Free Upgrade ke Business Class 2015-2016 ✈️ – tips

Perkongsian oleh keyrol anwar
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Semasa nak boarding saya selalu berharap tiket saya akan ada “technical error” or “seat conflicted” semasa agent sedang scan tiket saya di mana ketika itu saya akan tahu saya akan dapat free upgrade ke business class.

Saya agak bertuah sebab kerja saya menuntut saya untuk travel sekurang kurangnya satu flight setiap 1-2 bulan. Saya bekerja di middle east dengan rotation 6×3 di mana 6 minggu bekerja dan 3 minggu off. Semasa crisis oil&gas semakin teruk, rotation saya di tukar pula ke equal rotation di mana jika saya bekerja 4 minggu saya akan bercuti 4 minggu.

Di sini saya nak share tips untuk mendapat free upgrade ke business class.

Tapi anda perlu tahu, airline tidak akan upgrade anda sesuka hati jika masih banyak vacant seat di economy. So rule of thumb yang paling penting -> Overbooked flight!. yang ini memang out of control.

Tapi saya pernah di upgrade kerana seat saya perlu di berikan kepada orang lain dan bukannya overbooked flight. Selalunya saya selalu akan request “emergency exit row” jika terbang ekonomi. Mungkin seat saya diberikan kepada orang yang ada masalah tertentu atau special request menyebabkan seat saya perlu diberikan kepada mereka.

1.Frequent Flyer Program 🔥

Sila daftar untuk menjadi frequent flyer program untuk airline yang akan guna. Tidak kira jika itu adalah penerbangan pertama anda dengan airline tersebut, anda mungkin bertuah untuk di upgrade. Saya pernah dapat free upgrade dari Emirates dan itu adalah kali pertama saya terbang bersama Emirates.

2.Solo Traveler 🔥

Solo traveler mempunyai chances yang lebih tinggi untuk di upgrade berbanding mereka yang travel di dalam group. Jika anda travel bersama rakan, mungkin check in secara berasingan dan bukan secara group. Saya pernah nampak satu group traveler telah di upgrade ke business class but not all of them. Dari 6 orang cuma 2 orang yang telah di upgrade.

3.Dress Up! 🔥

Mungkin faktor ini paling overated sekali. Tapi saya percaya mereka tidak akan upgrade seseorang yang akan menyebabkan passenger business class yang lain tidak selesa. Anda tidak perlu pakai coat and tie tapi cukuplah sekadar smart casual ( polo shirt+jeans).

4.Ask them nicely 🔥

Time nak check in tu cuba tanya boleh dapat free upgrade ke tidak. Tapi saya tahu kebanyakan check in staff agak annoyed dengan soalan ini. Mereka mungkin akan tanya anda balik jika anda mahu upgrade dengan menggunakan air miles anda. Saya tidak pernah request untuk free upgrade. Saya cuma akan tanya jika flight ini overbooked atau tidak. So, saya boleh estimate chances untuk di beri free upgrade.

5.Loyal to one airline 🔥

Saya selalunya menggunakan Qatar Airways (QA). Apabila anda sudah sampai ke level Gold untuk status privelege club, anda akan diberikan QCredits di mana ia boleh digunakan untuk upgrade flight sahaja dalam masa setahun. Point ini adalah berlainan dengan air miles atau di QA di panggil Qmiles. Anda akan dapat Qmiles berdasarkan penerbangan yang telah anda ambil. Qcredits adalah points “percuma” yang diberikan oleh QA untuk anda upgrade flight anda. Bagaimanapun anda perlu semak jumlah Qcredits yang diperlukan untuk setiap penerbangan dan upgrade hanya akan diberikan apabila ada kekosongan.

Jika anda terbang ekonomi sekalipun dan status anda adalah gold, selalunya cabin crew director akan datang untuk greet anda personally selepas take off.

6.Anniversary, Birthday , etc

Let them know jika anda sedang travel dengan pasangan anda sempena ulang tahun perkahwinan di boarding gate. Chances are quite low saya rasa cuma jika anda beri tahu kepada cabin crew, mungkin chances anda lebih baik 🙂

Ini hanyalah pendapat saya sendiri setelah berulang alik selama 5 tahun KUL-Middle East. Anda mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah point di atas.

Saya menulis ini bukan untuk bragging tetapi untuk mengisi masa lapang semasa stand by 😉😉

 

Lepak Crew

I am me
Lets lepak