Gajah selamatkan mangsa lemas [Video]

Video seekor gajah yang bersaiz sederhana dari kawanan gajah, cuba untuk menyelamatkan seorang yang kelihatan seperti lemas. Perkongsian di laman facebook ini mendapat perhatian warga maya seiring dengan kempen “selamatkan gajah / save-elephant” yang sedang berlangsung

Dengan tersebarnya video ini, diharapkan supaya kesedaran tentang sifat haiwan tersebut yang tidak membahayakan melainkan mereka diganggu sahaja. Disamping itu juga, dengan viralnya video ini, tahap keprihatinan terhadap haiwan yang semakin pupus akibat pemburuan haram ini meninggi dan anak-anak, cucu-cicit kita akan dapat melihat mereka secara terus, bukan melalui gambar atau video.

Disini juga, saya ingin menceritakan pengalaman beberapa kali terserempak dengan haiwan ini ketika bermusafir antara kelantan ke utara melalui lebuhraya Gerik-Jeli menggunakan motosikal mahupon motokar. Pada permulaan bermusafir itu, agak menakutkan namun, setelah beberapa kali terserempak, perkara itu menjadi lumrah memandangkan belom ada perkara yang tidak diingini berlaku. Pernah beberapa ketika, gajah-gajah liar tersebut berjalan (biasanya berpasangan/ berdua) hanya berada dalam jarak 50-100 cm sahaja dari kereta, tetapi mereka hanya berjalan secara aman. Dan menurut petua pemandu lori/bas yang sering menggunakan lebuh raya tersebut, pemandu seharusnya tidak panik, dan tidak membuatkan gajah tersebut terkejut samada membuyikan hon atau lampu tinggi pada waktu malam, maka dengan izin Allah, semua akan selamat.

Di lebuh raya Gerik-Jeli tersebut, kawasan yang sering dijumpai gajah adalah disekitar tasik banding di kawasan bukit dan waktu yang sering dijumpai adalah pada waktu subuh, magrib dan waktu selepas hujan.

#lepak

#saveElephant

Lepak Crew

I am me Lets lepak

2 thoughts on “Gajah selamatkan mangsa lemas [Video]

Ape pandangan awok?