Pakar Bedah Keletihan Selepas 7 Jam Di Bilik Bedah

Viral satu artikel dari people daily yang memaparkan beberapa keping gambar seorang doktor yang kelihatan tertidur di dalam  bilik bedah.  Gambar yang memaparkan doktor Cina tersebut mendapat liputan meluas dan positif dan dianggap mulia oleh warganegara China.

Liang Ming, 58, yang bekerja dengan Hospital of Traditional Chinese Medicine di Wuhu, Wilayah Anhui. Beliau begitu sibuk dengan satu pembedahan berkaitan pendarahan besar (massive hemorrhage) pada awal Jan 13. Pada akhir pembedahan tersebut, Liang kehabisan tenaga dan rebah ke lantai.

Pada Jan 12 pula, sehari sebelum gambar tersebut tersebar, Liang telah menyempurnakan 7 pembedahan. Menurut rakan setugas beliau, ini bukanlah kali pertama Liang bekerja sehingga kehabisan tenaga.

Menurut Liang, bagi beliau, apa yang penting adalah nyawa pesakit dapat diselamatkan dan beliau berbangga dengan pencapaian prestasi itu.

 

 

Lepak Crew

I am me Lets lepak