Petua merawat Asma menggunakan bahan-bahan di dapur

1. Petola
Ambil sebiji buah petola, buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah menggunakan sudu / penebuk) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalam lubang tadi. Kemudian, bakar petola tersebut sehingga masa dan perahkan petola itu untuk diminum justnya

2 Daun Sirih
Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pes. Sapukan pada dada serta leher pengidap Asma.

3. Bawang Putih
Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk. Campurkan bawang putih tadi dengan 3 sudu minyak masak dan sapu pada leher, dada dan belakang pengidap Asma. Dalam masa lebih kurang 15 minit, anda akan dapat lihat perubahannya.

4.Madu
Madu sinonim sebagai salah satu makanan yang dijadikan sebagai ubat, dan tidak terkecuali dengan petua kita ini untuk mengubat Asma. Caranya ialah dengan, mengambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik itu dan beri minum dengan cair yang telah dibaca selawat.

5. Biji Buah Mata Kucing
Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing dan apabila mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh.

6. Bawang Merah Kecil
Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan meminum air tersebut seminggu sekali.

Petua diatas hanyalah petua warisan dari pengalaman orang-orang lama yang tidak diuji secara klinikal. Petua ini dikongsi hanyalah sebagai salah satu ikhtiar dan sekiranya sakit Asma yang dihidapi semakin teruk, seeloknya rujuk kepada Hospital/Klinik berdekatan.

Lepak Crew

I am me Lets lepak