Harta intelek lagu, dan tips

Setiap lagu ORIGINAL yang telah dipasarkan akn dijaga hak miliknya oleh SYARIKAT RAKAMAN atau LABEL. Ini kita panggil RECORDING RIGHTS. Semua rakaman adalah hakmilik penuh LABEL 100%.

Harta Intelek adalah sesuatu yang sangat diambil berat zaman sekarang & ia dianggap jenayah jika di plagiat kerana ia merangkumi gabungan ramai pengkarya. Karya-karya ini dijaga oleh PUBLISHING HOUSE & untuk sebarang PERSEMBAHAN, ada pula badan-badan yang mengawas segala royalti.

SKMM & MyIPO adalah badan kerajaan yang menjaga & memantau semua adab, copyrights & plagiat. Kita juga boleh mendaftar sebarang karya atau paten kita terus kepada MyIPO dengan sedikit caj.
LABEL – Pemegang hakmilik RAKAMAN (RECORDING RIGHTS) & menjaga artis-artis dibawah naungan mereka.
PUBLISHING – Menjaga hakmilik SONG WRITER & LYRICIST yang bernaung dibawah mereka. Termasuklah jika lagu-lagu itu di COVER atau dibuat minus one KARAOKE.
MACP – Mengawal & mengutip ROYALTI PERSEMBAHAN dari LAGU-LAGU ahli mereka yang dimainkan diradio, tv, karaoke, internet & semua media untuk SONG WRITER & LYRICIST.
RIM/PPM – Mengutip ROYALTI PERSEMBAHAN & JUALAN album asal untuk label-label yang bernaung dibawah mereka.
RPM/PRISM – Mengutip ROYALTI PERSEMBAHAN untuk artis, sessionist & engineer dari lagu-lagu yang terjual.

BAGAIMANA KUTIPAN UNTUK MUNIS ONE COVER DILAKUKAN

1. Lagu-lagu yang di RAKAM SEMULA untuk tujuan karaoke haruslah mendapat kebenaran dari LABEL & PUBLISHER lagu tersebut. Ia akan dipanggil MECHANICAL FEES. Samada bayaran secara pukal atau royalti dari pengeluar lagu karaoke tersebut itu kepada publisher.

2. Jika minus one tersebut di upload (Contohnya ke Youtube atau FB), Publisher & pengeluar karaoke tersebut mempunyai hak 100% untuk mengutip sebarang bayaran dari channel youtube itu. TIADA PERKONGSIAN. Publisher juga mempunyai hak untuk meminta Youtube untuk menutup account anda.

3. Sama juga dengan lagu original yang telah dibuang vocal (menggunakan sebarang teknik & software) Label, Publishier, MACP, PPM, RPM mempunyai hak penuh keatas lagu tersebut.

4. Semua hasil kutipan dari Youtube & sosial media yang lain (lagu original atau pun rakam semula) akan terus disalurkan kepada PPM, MACP, RPM & PRISM untuk diagihkan kepada pemilik asal hak cipta.

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU-LAGU YANG DI COVER

1. Ada sesetengah label & publisher yang membenarkan lagu-lagu dibawah naungan mereka di jadikan COVER SONG & ada yang keras langsung tidak membenarkan.

2. Semua lagu cover tersebut (yang pasti dibuat tanpa sebarang kebenaran) yang mengutip sebarang hasil akan dituntut 100% & disalurkan kepada PUBLISHER & MACP untuk diagihkan kepada SONG WRITER & LYRICIST.

3. Youtube amat keras dalam hal harta intelek. Jika account anda telah di repot, dalam masa 24jam anda akan di “FLAG” maknanya anda akan diwarning & diberi pilihan samada untuk menurunkan lagu tersebut atau semua hasil kutipan disalurkan terus ke pemilik lagu tersebut. Hanya 3 warning sebelum account anda ditutup & di banned.

4. Lagu-lagu cover yang dijual di itunes atau sosial media yang lain. Seperti contoh Ayang Daniel Johns bagi. Semua tu dah ada perjanjian & kontrak dgn semua yang berkaitan.

KENAPA MASIH ADA BANYAK LAGU-LAGU COVER DI YOUTUBE?

Jika anda tetap ingin membuat minus one atau cover mana-mana lagu, ada beberapa cara-cara untuk mengatasi masalah dikejar.

1. Anda perlu MAINKAN atau BUAT SEMULA lagu tersebut. Mungkin dengan hanya sebiji gitar atau sebiji rebana.

2. Muzik anda itu dalam keadaan LOW RES. Maknanya bunyi tu sama taraf seperti lagu-lagu DEMO. Jika anda dengar ianya dalam keadaan HD, maknanya segala kutipan telah dipersetujui diserahkan pada pemilik asal.

3. Jangan kutip sebarang bayaran dari lagu atau karya yang telah di upload. Begitu juga jangan jual lagu tersebut. Senang cakap jangan buat duit la.

Kredit : gfb group kelab mixing & recording / alfa bootykesuma

Lepak Crew

I am me Lets lepak