Biodata Ringkas Usop Mentor Milenia 2017

Salah seorang peserta program realiti Mentor Milenia 2017 juga protege Hazama, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau lebih dikenali sebagai Usop kini menjadi perhatian oleh peminat program Mentor Milenia

Usop mendapat perhatian ramai selepas membuat persembahan dalam pemilihan Protege pada konsert pengenalan Mentor Milenia 2017 dengan menyampaikan lagu Permata Cinta nyanyian asal oleh Aiman Tino dan menerima pujian ramai kerana berjaya membawakan lagu tersebut dengan cukup baik sekali

 

SIAPA USOP MENTOR MILENIA 2017

Sejak dari konsert pengenalan itu Usop menjadi viral (tular) di rangkaian media sosial apatah lagi penonton melihat perwatakan Usop seorang yang disenangi kerana kelakar dan selamba

Semasa sesi ujibakat Mentor Milenia, ciri-ciri perwatakan kelakar dan selamba itu sudah di lihat oleh penonton ketika dia menghadiri ujibakat Mentor, bagi Mentor Black, Akim dan Hazama

Sehinggalah dia menjalani ujibakat untuk menjadi Protege kepada Hazama, dalam sesi ujibakat itu nama “USOP” diberikan oleh Hazama berikutan wajah Muhammad Saiful Naim (Epul) mengingatkan Hazama terhadap watak kartun siri animasi zaman 90’an iaitu Usop Sontorian

TUJUAN UTAMA USOP MENYERTAI MENTOR MILENIA 2017

Menurut Usop, tujuannya menyertai Program Mentor Milenia 2017 adalah bagi mencuba nasib di samping untuk mengubah nasib keluarga jika berjaya menjadi penyanyi kelak

Mengenai sambutan luar biasa persembahan pertamanya itu, Usop tidak sangka akan mendapat sambutan luar biasa sehingga video persembahan pada malam itu menjadi viral dan mendapat pujian ramai

Biodata Ringkas Usop Mentor Milenia 2017
Nama Penuh Muhammad Saiful Naim Bin Muhd Noor
Nama Panggilan Usop / Epul
Umur 20 tahun (2017)
Asal Lunas Kulim, Kedah
Hobi Menyanyi
Lain-lain Menjadi Vokalis sebuah kumpulan ketika umur 14 tahun
FB KLIK

Lepak Crew

I am me Lets lepak

Ape pandangan awok?