Manusia, tapi nak jadi alien

Pernah dengar nama Vinny Ohh, lelaki pelik yang punya minat pelik.

Dia sanggup membelanjakan lebih AS$50,000 semata-mata untuk menjadi manusia tanpa jantina malah bukan manusia tetapi “alien”.

Pelik bukan?

Vinny Ohh, 22, seorang jurusolek dari Los Angeles memilih untuk berbuat demikian selepas menjalani 110 prosedur pembedahan plastik dan kosmetik dan kini dalam proses membuang alat kelamin, menghilangkan pusat dan puting di dada.

Prosedur ini dijangka menelan kos AS$160,000, menurut MailOnline.

“Saya tidak lihat sebarang masalah jika alat kelamin dibuang dari badan saya,” kata Vinny berhubung keputusannya itu.

Dia mahu berbuat demikian kerana tidak mahu ada identiti jantina, malah imej yang mahu dipaparkan ialah imej “alien”, katanya.

“Saya mahu menjadi hibrid, bukan wanita ataupun lelaki.

“Itu impian saya sejak berusia 17 tahun dan saya berjumpa dengan ramai pakar perubatan berhubung idea ini tetapi tidak berjaya.

“Jangan fikir saya mahu ubah menjadi wanita, saya tidak mahu organ seksual dalam badan saya langsung,” katanya.

Vinny selalu dilihat memakai kanta lekap berwarna hitam dan berkuku tajam pada jarinya.

Ketagihan Vinny bermula dengan prosedur pembedahan menebalkan bibir dan rinoplasti pada hidung.

“Saya mahu orang labelkan saya sebagai seorang makhluk asing yang ‘huru-hara dan obses terhadap diri sendiri’, ia menjadi slogan saya,” kata Vinny.

Dia juga baru-baru ini dijemput dalam program “The Plastics of Hollywood,” untuk menceritakan pengalaman ketagihan pembedahan plastik yang kononnya sebagai sebahagian kemahiran mereka.

Penerbit dan pengacara “The Plastics of Hollywood”, Marcela Iglesias menggambarkan Vinny sebagai “alien” generasi baharu yang mahu kelihatan jauh berbeza daripada ciptaan asal.

Sumber dari freemalaysiatoday.my