Digi Postpaid Infinite – Pelan Tanpa Had Call / Internet Dari digi RM150 & RM80

Setelah Webe memperkenalkan pelan internet dan call unlimited pertama, Digi telah mengambil pendekatan untuk menjadi vendor ke dua sebagai penyedia servis Call dan Internet tanpa HAD.

Mengikut laman Web digi, terdapat 2 Pelan yang ditawarkan iaitu RM 150 dan RM80, dan kedua-duanya adalah pelan Call & Internet tanpa had/unlimited. Namun apa yang membezakan bagi kedua-dua pelan tersebut adalah, pelan RM80 memerlukan kata laluan untuk proses Tethering dan hanya 5GB kuota untuk Tethering.

Promosi bagi kedua-dua pelan ini hanya berlangsung sehingga 24th June 2017 mengikut maklumat pada website mereka iaitu http://new.digi.com.my/postpaid-plans

Setelah carian menggunakan enjin carian Google, forum, dan blog, beberapa poin penting yang boleh disimpulkan iaitu

  • Pelan RM150 sesuai sekiranya memerlukan fungsi Tethering yang berlebihan
  • Kelajuan yang ditawarkan, had 5Mbps bagi pelan RM80, dan tiada had bagi pelan RM150
  • Perlu diingatkan, servis Digi mempunyai masalah disesetengah tempat, dan kami sendiri @lepak yang menggunakan Digi Postpaid setelah 5tahun, sering menghadapi masalah dan kemuncak pada bulan lepas(2 Hari tanpa servis) dan pihak Digi menyatakan Servis Upgrade.
  • Tiada kontrak untuk kedua-dua pelan. (Perlu menjadi pengguna Digi Postpaid sekurangnya sebulan-Web Digi )
  • Kenyataan cliche bagi kebanyakan provider – Best Effort Service, yakni mereka tidak menjanjikan top performance all the time.
  • P2P, kaki torrent, dihadkan kepada 64kbps shj.
  • Tidak valid bagi Pelan Bundle

Perlu diingatkan bahawa:

  • Digi pernah mengeluarkan pelan ‘Unlimited’ tetapi, tidak sepenuhnya Tanpa had – rujuk https://www.lowyat.net/2017/127784/digi-postpaid-infinite-plan/
  • Admin Page Digi (FB) amat jarang untuk menjawab persoalan berkaitan servis yang diajukan (kami sendiri mengalaminya)
  • Digi Service Hotline amat susah untuk dicapai, dialami oleh kami sendiri. Menunggu sehingga 10minit tanpa respon bukanlah pengalaman yang menarik.

Sebagai kesimpulan, Kami walaupon berkecil hati dengan servis Digi baru-baru ini, namun akan memberikan peluang untuk menggunakan pelan terbaru ini. Dan diharap servis tertutama dari bahagian Servis Pelanggan, dapat ditingkatkan keupayaan dan lebih senang diakses.

Sekian,

Pengguna Digi 5 Tahun

Lepak Crew

I am me Lets lepak

2 thoughts on “Digi Postpaid Infinite – Pelan Tanpa Had Call / Internet Dari digi RM150 & RM80

  • April 18, 2017 at 6:05 pm
    Permalink

    cakap je bg unlimited, tapi dah limit kan mcm2 pon..mcm tak berbaloi je..pastu utk plan lain yg murah mcm dlu dah xde ,plan mhal je ada nk offer ni..baca T& C diorg pon dah fed up sbb byk sgt agenda,baik tak pyh je wat twran2 cemni..

    • April 18, 2017 at 10:33 am
      Permalink

      Bab t & c tu, standart, tp so far yg kami pkai pakage 150, agak ok la. Psl duduk kawasan pedalaman. Dpt 5-7 mbps. Klau kluar ke bandar dlm 20mbps. Tp mmg agak kurg stabil lg dr segi network, kdg2 , xde line dlm 1@2 minit. Mybe berkaitan dgn notis upgrade telco. 😁