DOTA 2 – Kiev Major 2017

Kiev Major, adalah pertandingan permainan dunia maya Dota 2 atau nama penuhnya Defend Of the Ancient. Acara utama berlangsung di Kiev, Ukraine, yang disertai oleh pelbagai peserta yang mewakili organisasi atau kumpulan persendirian. Apa yang menarik bagi pertandingan ini adalah, Kiev Major merupakan Seasonal Major bagi pertandingan/tournament utama bagi permainan Dota ini iaitu The International Dota 2.

Selain menyediakan hadia utama iaitu 1 M(1 000 000) USD bagi tempat pertama dan 500k USD, pemenang akan berpeluang untuk memperkenalkan jenama bagi organisasi yang akan membuka peluang bagi sponsor.

Acara bermula dari March 6 – 9 bagi peringkat kelayakan dimana, pertandingan yang terbuka bagi semua peminat atau pemain Dota yang mana pemenang akan meneruskan perjuangan ke Regional Qualifier.

Acara utama yang telah tamat semalam 30 April 2017 telah dimenangi oleh Juara 3 kali Major Tournament iaitu OG.

 

Pembahagian hadiah pertandingan dipecahkan dari Prize Pool mengikut pecahan yang telah ditentukan.

Daripada jumlah hadiah yang dipaparkan, jelaslah disini, permainan online seperti Dota 2 yang tergolong dalam kategori e-Sport boleh dijadikan sebagai profession yang lumayan sekiranya serius.

Saksikan beberapa gambar disekitar acara utama di Ukraine ini.

Lepak Crew

I am me Lets lepak