Perkongsian FB, perihal seorang lelaki budiman

Humanity masih wujud!! – perkongsian di FB Muhammad Bazli yang sangat memberi pengajaran. Tq.

Pengalaman Allah temukan aku dengan seorang lelaki budiman yang dermawan.Izinkan aku bercerita,sape sudi baca,baca lah.Tapi panjang la sikit….

========================

Jumaat lepas,masa lebih kurang 6.40 petang,lepas balik kerja,macam biasa kalau aku melalui hiway NPE untuk balik rumah,aku akan singgah di Masjid al-Islamiyah,Kg Lindungan,PJ,antara masjid kegemaran aku untuk solat asar kat situ.

Seusai solat asar,nak teruskan perjalanan,start kereta tiba-tiba takleh hidup pulak,suspek bateri kong.Try la ejas start,ketuk-ketuk dan spray WD40 kepala bateri pun still taknak hidup.Check dalam boot kereta takde jumper la pulak.Tegurla aku 2,3 orang jemaah kat situ minta tolong,tapi sayang semua takde jumper jugak.Niat awal,biar boleh start,balik rumah dulu,esok baru tukar bateri baru.Hajat nak call pomen bateri,tapi intai wallet,teringat yang aku takde cash mencukupi,hanya ada 3 helai not RM20 dan beberapa helai not RM1.So,nak tak nak,kena ejas jugak la mintak tolong orang jumper bateri.Dah masuk maghrib,awal-awal kejadian tadi,aku sempat turunkan cermin kereta,sekarang dah tak boleh tutup sebab bateri fully kong,terpaksa la aku tinggalkan kereta dalam keadaan cermin terbuka kiri kanan nak masuk solat maghrib pulak.Pasrah dan redha jela.Huhuhu.

Usai maghrib pulak,usaha lagi tegur dua orang,nasib badan masih lagi semua takde jumper.Nak helo mintak tolong kawan pun rasa macam taknak susahkan orang,maklumla hari jumaat petang,dengan cuaca hujan,jalan biasa akan jem teruk.

Akhir sekali,niat hati nak tegur orang terakhir sebelum isya,kalau tak,lepas isya baru nak call kawan atau bini datang tolong kat sini.Takdir baik aku,aku tegur sorang abang ni yang lalu tepi kereta aku,tapi dia pun takde jumper.Sembang-sembang sikit tercerita yang aku dari pukul 7 malam tadi stuck tanpa bantuan kat situ dan jugak pasal hajat nak call pomen bateri datang tapi takde cash menyulitkan aku.Ringan tangan dia ambik wallet dia dan keluarkan duit RM200 sambil tanya “200 cukup ke beli bateri?” terus bagi kat aku.Mungkin dia perasan aku dah lama kat situ,aku mulanya menolak,tapi dia tetap suruh ambik.Katanya bayar la bila-bila free.Aku terpaksa terima sambil tanya, ” Ehh,abang percaya saya ke?” Dia jawab, ” Ye,saya percaya “.Then,aku sempat ambik nama dan no kontek,nama Nuri,tinggal di sekitar PJ.Aku janji akan bayar paling lewat esok(Sabtu),atau akan ejas bayar malam tu jugak bila on the way balik nanti.

Lega dan syukur,terus aku google kontek pomen bateri dan call,pomen cakap boleh datang dalam pukul 9 lebih,dan aku setuju sementara tunggu isya.Sekali lagi terpaksa tinggalkan kereta dengan cermin terbukak luas.Siap isya’,akhirnya,dalam pukul 9.30 malam,pomen bateri baru sampai dan setel problem.Alhamdulillah….

=========================

Setel semua,aku singgah makan kejap kat kedai makan tepi pagar masjid dengan sorang kawan ofis yang kebetulan call aku nak jumpa.

Sedang makan,lebih kurang jam 10.30 malam,aku dapat satu sms,”encik tak perlu bayar duit tersebut”..Terkezut aku baca mula-mula.(Sambungan sms dalam gambar).Dalam hati nak bayar jugak,tapi silap aku tak mintak no akaun dia awal-awal.Aku siap call balik,tapi tetap bro ni halalkan je duit.

==========================

Termenung,terfikir aku,haritu antara rezeki besar,Allah tolong aku yang betul-betul dalam susah.Dok fikir balik,amal baik luar kebiasaan apa yang aku buat haritu.Macam ada,tapi biar la aku je yang tahu,atau mungkin sebab lain.

Alhamdulillah,memang sangat bersyukur malam kejadian,Allah temukan aku dengan seorang budiman yang dermawan,Bro Nuri.Kalau kawan sendiri pun belum tentu senang memberi dan senang menghalalkan duit sebanyak RM200,bukan merendahkan kawan,aku sendiri pun tak semudah tu apatah lagi dengan orang yang kita tak kenal kan?..

Semoga Allah murahkan rezeki berlipat kali ganda buat Bro Nuri dan bukakan hati aku dan kawan-kawan untuk jadi lebih dermawan.

Begitulah kisahnya…….

 

Lepak Crew

I am me Lets lepak