Terima Kasih Isteri

Isteri, insan yang perlu diberi perhatian dan penghargaan. Jaga emosi mereka, belai jiwa mereka, in shaa Allah sesiapa di sekeliling mereka juga akan merasa tempias bahagia. Jum hayati perkongsian status fb Ustaz Ebit Lew ini. Semoga bermanfaat buat kita semua.

***************************************

Sebelum saya nak sambung kelas. Seorang wanita menangis. Tanya pada saya. Ustaz, ustaz selalu ke sana sini ceramah. Selalu tinggalkan wifekan? Ustaz selalu sibuk. Anak ustaz 4 orang. Macam mana bidadari ustaz uruskan semua anak-anak tu seorang diri. Ustaz tiada bibik kan..saya ada anak seorang tapi rasa tak cukup kaki tangan nak urus. Kadang-kadang tertekan sangat. Menjerit, marah, macam-macam emosi uruskan anak seorang diri…saya nak menangis kuat-kuat rasa dengan soalannya. Kasihan bidadari saya di rumah.ampunkan dosa saya ya Allah……saya tak sempat jawab soalannya wanita ini kerana kelas dah nak bermula…saya cuba jawab umum dalam kelas saya.

Tiba-tiba masa on d way nak pergi buat persiapan program prokids esok di upm. Di kedai makan tadi ada seorang wanita bawa 2 orang anak tanya soalan yang sama. Dia menjadi murung kerana anaknya agak aktif. Dia rasa terlalu penat. Selalu menangis. Selalu tertekan. Dan tindakan jadi tak tentu hala. Marah anak terlebih-lebih sampai lepas tu menangis seorang diri. Dia jadi dah macam tak betul katanya..

Saya menangis dalam perjalanan tadi. Teringat betapa susahnya bidadari saya di rumah. Begitulah pengorbanan seorang ibu. Benarlah hari-hari ialah hari ibu. Sebab hari-hari mereka berkorban. Hari hari kita kena hargai mereka. Hari hari kena terima kaseh dan doakan mereka. Saya ada 4 orang anak. Macam manalah dia uruskan semuanya seorang diri saat saya tiada di rumah. Anak-anak semuanya masih kecil. Saya terus tadah tangan, ya Allah yang maha kaya yang maha pemurah maha penyayang. Yang hidup dan maha menguasai berdiri sendiri. Berilah kekuatan dan ketabahan buat bidadariku. Ibu kepada anak-anakku. Beri kekuatan iman, ketenangan, sakinah dalam hatinya. Berilah bantuan ghaibmu. Dengan rahmat dan kasih sayangmu..

Terus whatsapp bidadari saya. Maafkanlah suamimu. Maafkanlah suamimu. Kerana selalu berjauhan dengan dirimu… Jika bukan kerana Allah pasti abang lebih bahagia menemani sayang di rumah. Kasihan sayang urus rumahtangga seorang diri. Anak-anak yang 24 jam bermain. Lepas tu menangis. Lepas tu menjerit. Rumah tempat bermain. Makan cara anak-anak. Lepas tu nak buang air besar air kecil. Lepas tu main semula. Terima kaseh sayang kerana sudi setia menanti abang. Menjaga anak-anak di rumah. KerjaMu kerja paling mulia di dunia. Benarlah tangan yang menghayun buai menggoncangkan dunia. Abang pergi lagi mencari bekal buat kita untuk kehidupan di sana.

Bidadari saya reply. Takper abang. Untuk Allah semuanya berbaloi. Sayang bersyukur di beri suami macam abang. Penyejuk hati sayang. Abang buat dakwah baik-baik. Semoga setiap langkah abang, perkataan abang tepat dan menjadi asbab hidayah buat semua orang. Setiap orang dapat kenal Allah. Menyejukkan hati Rasulullah saw.

Buat semua suami,hargailah isteri. Hargailah ibu. Hargailah wanita dalam hidup kita. Mereka sangat kuat dan luar biasa. Allah memuliakan mereka. Tetapi mereka juga seorang manusia. Seperti kita. Ada hati perasaan. Jagalah hati mereka. Tawan hati mereka. Doakan mereka. Pohonlah pertolongan Allah buat mereka. Ya Allah wanita yang baik dan yang amat ku kasihi ini jagalah mereka. Bahagiakanlah hati mereka.

Ramai wanita jadi stress. Ada yang sampai murung. Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini. Jika ke mana-mana cepatlah balik rumah. Saat di rumah beri perhatian pada mereka. Dengar cerita mereka. Pandang muka mereka. Tutup phone. Mereka tiada siapa lagi nak luah isi hati mereka. Bantulah isteri. Ringanlah kerja mereka. Peluk mereka. Tolong buang sampah. Tolong mandikan anak-anak. Beri mereka rehat. Ambil giliran jaga anak-anak. Jaga anak-anak. Beri bidadari kita dapat makan dulu. Usahalah yang terbaik dalam bahagiakan hati mereka kerana Allah.

Ya Allah jadikanlah semua kesedihan dan susah yang sedikit ini asbab hidayah buat peserta Prokids esok di UPM. Beri anak-anak ini jadi daie , cemerlang dunia dan akhirat.

Sumber fb Ustaz Ebit Lew