7 Bazar Ramadan Popular Di Kuala Lumpur

KAMPUNG BARU
Bazar Ramadan Kampung baru sudah pasti masuk senarai pertama apabila keunikan memilih makanan di sini telahpun popular sejak berpuluh tahun lamanya dan ia masih menjadi lokasi paling ideal untuk memilih apa saja makanan berbuka puasa. Lagi menarik, pelbagai jenis makanan termasuk yang anda mungkin tidak pernah lihat sepanjang hidup pasti wujud di bazar kampung baru ini.

Usia Kampung Baru yang telahpun mencecah 115 tahun ini pasti menggamit mereka yang berpuasa asalkan anda tahan dengan keadaan trafik. Waktu berniaga bermula pada pukul 3 petang jadi lebih awal, lebih baik untuk anda sepanjang Jalan Raja Alang, Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Uda.

JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Siapa tak kenal dengan bazar ramadan Jalan TAR yang turut dikaitkan dengan barangan menanti raya. Lokasi ini biasanya popular disebabkan ia terletak di tengah Kuala Lumpur dikelilingi pejabat-pejabat jadi mudah bagi orang ramai yang berada di keliling.

Pelbagai pilihan makanan yang membuka selera memang banyak. Sebut saja apa yang anda mahukan, semuanya ada dari nasi kerabu, nasi lauk, sata hinggalah ke kuih-muih tempatan yang sedap!

Untuk meletak kenderaan, agak sukar tetapi digalakkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti STAR LRT untuk datang ke bazar ini.

BANGSAR
Kalau anda melusuri Jalan Maarof, anda boleh melihat bazar yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah Bangsar Village. Ia dibuka seawal pukul 3 petang dengan satu lorong panjang memuatkan hampir 50 gerai menjual makanan.

Biasanya, ia popular dengan ayam percik tetapi tidak lupa juga pada popia basah atau nasi campur yang tidak kurang lazatnya.

Tempat letak kereta mungkin agak terhad jadi kalau datang, lebih baik masuk saja ke tempat letak kereta di pusat membeli-belah berdekatan.

TAMAN TUN DR. ISMAIL
Lokasi ini sememangnya popular bagi penduduk setempat atau yang datang dari pelbagai kawasan di Damansara disebabkan pelbagai pilihan makanan.

Paling menarik yang ditawarkan dan banyak di sini ialah nasi lemak kukus, sambal goreng pun memang umph Kalau anda sukakan pedas. Roti John dan banyak lagi juadah sentiasa untuk dinikmati ketika berbuka.Meskipun parkir mungkin agak leceh tetapi ia pasti berbaloi untuk datang ke sini.

SETIAWANGSA
Bazar Ramadan Setiawangsa biasaya meriah bermula pukul 4 petang lagi. Orang ramai dah mula berpusu-pusu untuk datang dan memilih. Dari Rojak Singapura ke ayam percik, semuanya sedia segar untuk dibeli. Kalau bernasib baik, jumpalah juga makanan yang tidak pernah dijual pada bulan selain bulan puasa.

Tidak perlu tamak juga kerana pelbagai jenis kue tiau pun memang banyak dijual di kawasan ini.

WANGSA MAJU
Kunjungi Seksyen 1 Wangsa Maju untuk mendapatkan makanan Ramadan yang mengiurkan. Kalau bernasib baik, boleh simpan sekali untuk sahur.

Jalan sepanjang 300 meter tersebut penuh dengan peniaga tetapi apam mungkin boleh menjadi pilihan yang tepat! Deretan ayam percik dan ayam golek pun biasanya mudah didapati di sini.

TAMAN MELAWATI
Kelebihan Bazaar ini adalah dikatakan bahawa anda boleh berjumpa dengan ramai artis tempatan yang membuka gerai jualan di sini. Bazaar Ramadhan ini juga luas dan mempunyai banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis juadah, dan antara juadah yang terkenal di sini adalah Jack Biri-Biri Stew Grill Power!

Lepak Crew

I am me
Lets lepak