Hak Anda Sebagai Pengguna. Ketahui Apa Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Ditipu.

1) Anda seorang pengguna dan tak berpuas hati kerana ditipu oleh penjual? Tak mampu lantik peguam untuk saman?

2) Kami bocorkan rahsia bagaimana nak buat! Sila scroll sambil makan kuaci.

3) Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mewujudkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat!

4) Jumlah maksima bidangkuasa Tribunal ini hanyalah RM25,000.00 sahaja. Bermakna, jika jumlah tuntutan anda melebihi jumlah ini, anda terpaksa membuat tuntutan di Mahkamah Majistret di kawasan anda.

5) Pelbagai tuntutan berkaitan kepenggunaan boleh difailkan termasuklah penipuan oleh penjual, tidak mendapat barangan yang betul, pengeliruan ke atas pengguna, kualiti barangan yang teruk dan pelbagai lagi jenis tuntutan.

6) Setiap tuntutan hendaklah dibuat dalam Borang 1, yang boleh didapati secara percuma daripada mana-mana Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna. Isi sebanyak 4 salinan dan failkan di kaunter pendaftaran kes.

7) Bayaran pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00 dan resit rasmi akan dikeluarkan kepada Pihak Yang Menuntut.

8) Borang tersebut akan didaftarkan dan dimeterai dengan cop rasmi Tribunal. Selepas itu, serahkan Borang 1 tersebut kepada Pihak Yang Dituntut (Penjual).

9) Borang 1 boleh diserahkan secara sendiri, kalau Penjual tak nak terima, tinggalkan sahaja Borang 1 tersebut di pintu kedai dia sambil tunjuk penumbuk manja kat dia. Jika Penjual merupakan sebuah syarikat, serahkan kepada Pengurus/ Pengarah atau Pemilik perniagaan tersebut.

10) Kalau segan nak serah secara sendiri, boleh POS AR Berdaftar sahaja. Kosnya tidak melebihi RM3.

11) Jika anda seorang Penjual yang menerima Borang 1 dan tidak berpuas hati serta mahu menentang tuntutan pengguna, boleh isi Borang 2 dan nyatakan pembelaan anda, failkan di kaunter pendaftaran KPDNKK dan bayar fi sebanyak RM5 sahaja.

12) Jika Penuntut berjaya, Tribunal akan mengeluarkan ‘award’ kepada Penuntut. Penjual diberi tempoh 14 hari untuk membayar Penuntut berdasarkan award tersebut.

14 HARI BERLALU, PENJUAL MASIH ENGGAN BAYAR. BAGAIMANA?

13) Degil betul ye! Tidak mengapa, bawa award anda ke Tribunal dan pohon Tribunal menguatkuasakan award tersebut. Penjual boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya jika gagal mematuhi award.

14) Anda juga boleh mendaftarkan award tersebut di Mahkamah Majistret yang berdekatan dengan Tribunal dan tindakan sita dan jual harta Penjual boleh dikenakan ke atas aset Penjual.

SILA SIMPAN MAKLUMAT DI BAWAH (KEDUDUKAN TRIBUNAL MENGIKUT NEGERI)

A. PERLIS
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Perlis,
Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas, 01000 KANGAR,PERLIS.
TEL: 04-979 5009
FAKS: 04-976 2490
SITI SARAH BINTI SHAMSUDDIN
sitisarah@kpdnkk.gov.my

B. KEDAH
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Kedah,
Aras G, Zon A, Wisma Persekutuan,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Muadzam Shah,
06550 ALOR STAR, KEDAH.
TEL: 04-700 1730
FAKS: 04-700 1731
ZURIDA BINTI YAHYA
zurida@kpdnkk.gov.my

C. PULAU PINANG
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 9, Bangunan Tuanku Syed Putra,
Leboh Downing, 10300 PULAU PINANG.
TEL: 04-250 5401 / 250 5402
FAKS: 04-262 5196
AHMAD YAZID BIN AYUB
ayazida@kpdnkk.gov.my

D. PERAK
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Perak,
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Persekutuan Greentown,
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
30450 IPOH, PERAK.
TEL: 05-241 4621 / 241 4611
FAKS: 05-249 3409
HAMIDAH BINTI AZIZAN
hamidahazizan@kpdnkk.gov.my

E. SELANGOR
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Tingkat 17, Menara MRCB,
Jln Majlis Seksyen 14,
40622 Shah Alam, SELANGOR.
TEL: 03-5511 8271 / 5511 4929
FAKS: 03-5511 6981
SHARIFAH AINI BINTI ABDULLAH
ainisha@kpdnkk.gov.my

F. NEGERI SEMBILAN
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
No. D9, Tingkat 2, Bangunan Akhma,
Persiaran Utama, S2-1,
70300 Seremban, NEGERI SEMBILAN.
TEL: 06-601 6852
FAKS: 06-601 6443
KAMARUL AZMI BIN KAMARUZAMAN
kamarulazmi@kpdnkk.gov.my

G. MELAKA
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Melaka,
Aras 6, Wisma Persekutuan,
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450, MELAKA.
TEL: 06-234 5827 / 234 5865
FAKS: 06-234 5833
SAMUEL MUT JOHN BRODY
samuel@kpdnkk.gov.my

H. JOHOR
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Aras 17B, Menara Ansar,
Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, JOHOR.
TEL: 07-227 1755 / 227 1766
FAKS: 07-227 1799
AHMAD SUKERI BIN MOHAMED
sukeri@kpdnkk.gov.my

I. PAHANG
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Gambut, 25000 Kuantan, PAHANG.
TEL: 09-516 5196
FAKS : 09-516 5195
JASHUA BIN MOHD. MOKHTAR
jashua@kpdnkk.gov.my

J. TERENGGANU
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu,
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
20200 Kuala Terengganu, TERENGGANU.
TEL: 09-620 4170
FAKS: 09-624 5196
ZULKIFLI BIN BAHARUM
zulkifli.baharum@kpdnkk.gov.my

K. KELANTAN
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan,
Tingkat Bawah, Menara Perbadanan,
Jalan Tengku Petra Semerak,
15000 Kota Bharu, KELANTAN.
TEL: 09-741 6068 / 741 6069
FAKS: 09-741 6101
FAKHARIAH BINTI HAMZAH
fakhariah@kpdnkk.gov.my

L. SARAWAK
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak,
No 41-51, Jalan Tun Jugah,
93350 KUCHING, SARAWAK.
TEL: 082-459 022 / 459 028
FAKS: 082-459 060
MASTIKAWATY BINTI ZAWAWI
mastikawaty@kpdnkk.gov.my

M. SABAH
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 9, Blok D, Bangunan KWSP,
Beg Berkunci No. 126,
88994 KOTA KINABALU, SABAH.
TEL: 088-257 690
FAKS: 088-269 244
JAHIDA BINTI USOK @ NORAINI
jahida@kpdnkk.gov.my

N. KUALA LUMPUR
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 16, Putra Place,
100, Jalan Putra,
50622 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-4042 4181 / 4042 4194
FAKS: 03-4042 4259
ZAMANI BIN OSMAN
zamaniosman@kpdnkk.gov.my

O. PUTRAJAYA
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2, No 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
TEL: 03-8882 5822
FAKS: 03-8882 5831

15) Bagaimana? Mudah dan murah kan? Sila share dan park di wall anda kerana anda mungkin memerlukannya satu hari nanti!

Kredit: Jumpa Kat Mahkamah

#KnowYourRights

Lepak Crew

I am me
Lets lepak