Top 15 Negara Paling Kaya di Dunia Berdasarkan GDP – 2017

5. Ireland:

GDP negara Ireland kekap ditahap $72,630 perkapita kerana pertambahan perbelanjaan, pembinaan dan pelaburan. Pertumbuhan GDP negara ini ditahap yang memberangsangkan.

4. Brunei:

Sebagai sebuah negara pengeluar dan pengkesport minyak yang utama, Brunei menduduki tempat ke empat senarai ini. Negara ini hanya berpopulasi 400,000 penduduk. 90% pendapatan Brunei datang dari sektor minyak. Walaupon dengan kejatuhan harga minyak pada 2016, GDP perkapita negara ini masih kekal tinggi dengan nilai $76,740.

3. Singapore:

Singapore, sebuah negara kerdil namun gergasi dalam bidang ekonomi. Merupakan sebuah negara terkaya di dunia dengan GDP perkapita pada $90,530. Dengan populasi 5.6 juta penduduk, ekonomi mereka meningkat pada kadar 2.7% pada suku pertama 2017. Seiring dengan perdagangan elektronik global yang berkembang, ekonomi Singapore akan terus berkembang dengan pesat berdasarkan IMF

2. Luxembourg:

Dengan populasi kecil seramai 600,000, negara ini adalah negara kedua terkaya didunia. GDP mereka ditahap $109,190 perkapita dan perkembangan ekonomi mereka lebih tinggi dari European Union tahun lepas. Namun begitu, terdapat beberapa kemungkinan luar jangka berikutan Brexit.

1. Qatar:

Negara ini merupakan negara minyak yang terkaya didunia. Dengan populasi seramai 2.27 juta penduduk, GDP semasa mereka ditahap $124,930 per kapita. Mereka berjaya mengekalkan perkembangan ekonomi walaupon dengan kejatuhan harga minyak pada 2016. IMF menjangkakan perkembangan ekonomi mereka akan terus meningkat pada masa hadapan.

Lepak Crew

I am me
Lets lepak