Tatacara Membayar Zakat Online Menggunakan Maybank2u (Zakat Fitrah)

Berikut merupakan tatacara untuk membayar zakat atas talian menggunakan Maybank2u.

 

Langkah 1- Login ke akaun maybank2u anda kemudian ikut arahan seperti gambar dibawah.

  1. klik Account & Banking
  2. Klik Bill Payment
  3. Klik Make a One-Off Payment.

Langkah 2- Paparan senarai Payee mengikut kategori akan terpapar. Apa yang anda perlu lakukan ialah klik pada ‘Select From List‘ untuk membuka senarai penuh senarai Payee. pilih Zakat & Charity dan tekan Continue. Rujuk gambar dibawah utk pemahaman yang lebih mudah.

Langkah 3 – Setelah butang Continue ditekan, satu butang(dropdown) Select From List akan terpapar, klik pada butang tersebut untuk memaparkan senarai agensi zakat dan chariti yang ada. Sila pilih jabatan yang berkaitan. Diingatkan disini bahawa, tidak semua jabatan yang dipilih mempunyai pilihan ‘Zakat Fitrah‘ untuk langkah yang seterusnya. Dalam kes admin, pilihan Majlis Agama Islam Kelantan(Zakat) menjadi pilihan. Setelah membuat pilihan, klik Continue.

 

Langkah 4 – Setelah agensi dipilih, satu borang seperti dibawah akan terpapar. Masukkan jumlah zakat(amount) yang boleh dirujuk pada jadual dibawah untuk setiap negeri, dan kemudian pilihan Type Of Zakat iaitu Zakat Fitrah dipilih. Seperti yang dijelaskan pada langkah sebelum ini, tidak semua agensi yang dipilih mempunyai pilihan untuk Zakat Fitrah ini. Apabila semua tempat kosong dan pilihan zakat diisi, klik continue.

Langkah 5 – Langkah seterusnya dan yang terakhir, ialah proses pengesahan pembayaran. Mohon TAC menggunakan kaedah yang diingini dan tunggu kod TAC tersebut dihantar. Sehingga ke langkah 5 ini, anda boleh klik pautan ‘Back‘ sekiranya ingin menukar maklumat atau pilihan pada langkah sebelum ini. Setelah butang Confirm ditekan dan tiada paparan error, transaksi pembayaran zakat anda telah selesai. Tahniah, anda telah menjalankan satu perintah agama.

Sebagai tambahan, kami lampirkan screenshot berkaitan hukum ‘Akad’ yang mana ia merupakan sunnah dan tidak wajib dilakukan, oleh yang demikan, sila berzakat secara atas talian tanpa was-was.

 

Dan yang terakhir sekali, kami lampirkan sekali jadual jumlah zakat yang perlu dibayar per/individu mengikut negeri. Admin di lepak.my mengucapkan selamat berpuasa dan berhari raya kepada pembaca. Kepada yang memandu, sila berhemah diatas jalan. sekian

 

Negeri Tahun 2017 Tahun 2018
Perlis 7.00 7.00
Kedah 7.00 7.00
Pulau Pinang 7.00 7.00
Perak 7.00 7.00
Selangor 7.00 7.00
Negeri Sembilan 6.50 6.50
Melaka 6.70 6.70
Johor 7.00 7.00
Pahang 7.00 7.00
Terengganu 7.00 7.00
Kelantan 7.00 7.00
Sarawak 7.00 7.00
Sabah 7.00 7.00
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
7.00 7.00

Lepak Crew

I am me Lets lepak