Nama Anak Tak Lebih 80 Aksara

Nama anak yang nak didaftarkan mestilah tak lebih 80aksara

Saya antara netizen yang sokong sangat-sangat..bukannya tak da nama pendek dengan maksud yang bagus..yang nak letak panjang-panjang dah kenapa..bukannya panggil nama penuh pun..ye idok..

Pendapat saya, banyak yang tak bagus dari yang bagus..antaranya, anak lambat nak tulis nama, orang dah jawab exam, dia dok terkial-kial tulis nama lagi..pastu, kalau nak isi borang yang memang dah sediakan kotak-kotak, bila tak cukup kotak kan leceh..ni untuk si anak tu sendiri la..

Untuk orang lain pulak, contohnya untuk guru..dalam purata 30 orang murid dalam kelas, kalau 15 orang nama panjang, tak ke ambil masa nak tulis..lagi satu kalau nama anak perempuan, jenuh la si wali dan suami masa akad nanti..kan kan..

Jadi untuk ibu ayah, fikir panjang ye sebelum nak daftar tu..atuk nenek pun, kena la tolak ansur juga..ada kes yang ibu ada nama pilihan, ayah pun ada juga, nenek pun nak juga nama pilihan dia..tu la yang jadi 3-4 patah perkataan tu..haha..

Apa-apa pun, bersederhanalah ye, korang..