Papadom Bahaya ?

Restoran mamak + nasi kandar + papadom..sinonim sangat kan..saya penggemar nasi kandar, tapi papadom to so-so je la..kalau ada dalam pinggan, saya makan ja..tapi tak da la setiap kali makan nasi kandar, kena ada papadom sekali.

Haa, kenapa cakap pasal ni..sebab ada kajian mengatakan papadom ni bahaya..sebabnya papadom ni mengandungi jumlah garam yang tinggi..

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, terdapat 1000mg garam dalam 11 sampel papapom yang diuji..dari 11 sampel tu, ada 4 sampel yang mengandungi 2000mg garam..banyak kan??

Pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan kandungan garam dalam badan yang mungkin boleh menyebabkan penyakit seperti tekanan darah tinggi, risiko serangan strok serta risiko serangan jantung..maka, beringatlah ye..jangan tiap-tiap hari bedal papadom..berpada-pada lah..

Kalau Muslim, Islam kan dah tekankan, bersederhanalah..in shaa Allah, semuanya ok..terima kasih kerana membaca..bye 😉😉

Sumber : salaam.buzzkini.com