Trend Papar Nama Anak di FB

Trend paparkan nama anak, tempat lahir, berat lahir di fb..siapa yang dah buat, cer angkat tangan..haha..saya hampir terjebak, tapi bila fikir balik, tak perlu kot..pastu tetiba terbaca sharing kat bawah..bagus sangat..korang baca erk 🙂

Nampaknya di Facebook sedang menjadi trend memaparkan “Nama Anak-anak Saya” di mana ramai yang berkongsi senarai nama penuh anak beserta maklumat terperinci anak2, termasuk, umur, tarikh lahir, tempat lahir, dll. Di bawahnya pula ada tertera ayat “Make your own version of this list” yang mengajak/mengundang pembaca memuatnaik maklumat anak masing2 pula.

Ketahuilah, ini sebenarnya satu bentuk social engineering (iaitu satu ancaman siber) utk mendapatkan maklumat peribadi mangsa, iaitu pemilik akaun Facebook tersebut dan juga anak2nya.

Anda takkan terbayang bagaimana maklumat2 ini boleh digunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab, dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan juga keluarga anda.

Oleh itu, wahai ibu bapa, lindungilah data peribadi keluarga dan anak2. Jangan kita terlalu ghairah berkongsi dan terpedaya dengan mesej ajakan atau aplikasi yang cuba memanipulasi pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Eloklah dipadam posting tersebut (walaupun memadam data di media sosial tidak akan menghapus data tersebut secara kekal, kerana ia masih ada di server). Sekurang-kurangnya ia tidak lagi boleh dilihat warga media sosial dan tersebar merata.

Do not overshare.
Lindungi data peribadi.
Lindungi keluarga kita dari penyangak siber.

#PencerdasanUmat
#BerilmuBerbakti

Pesanan ikhlas dari:
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Pakar Keselamatan Maklumat UPM.
Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
14/10/2018

Sumber : fb Higher Education Link Centre