TIPS ASAS KE HATYAI, THAILAND.

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook bernama Fz Ar (klik nama beliau untuk melawat) berkaitan tips dan pegalaman untuk melawat Hatyai. Kami kongsikan nukilan beliau disini sebagai rujukan kami juga pada masa hadapan. Silakan membaca.

 

.
Sekarang ni heboh orang duk syok pergi makan kat Hatyai. Duk tengok orang pergi, last sekali saya dengan isteri pun terpengaruh nak pergi beberapa minggu yang lepas. Jadi disini saya sertakan sedikit cara bagaimana nak ke Hatyai, apa yang ada kat Hatyai, macam mana nak bergerak di sana. Post ni agak Panjang sebab saya suka cerita satu persatu dengan details. Korang baca je la. Hehe. πŸ˜ƒ
.
MACAM MANA NAK KE HATYAI.
.
Apa yang saya kaji ada 5 cara untuk korang ke Hatyai dari Malaysia. Yang pertama adalah dengan menaiki kenderaan sendiri sama ada kereta, van, motorsikal, basikal ke, kasut roda ke. Korang boleh masuk ke Thailand melalui 2 jalan iaitu ikut Lebuhraya Utara Selatan melalui Bukit Kayu Hitam dari Kedah atau ikut Sungai Golok melalui Kelantan. Ada lagi jalan nak ke Thailand ikut Wang Kelian apa tu tapi jauh sikit nanti.
.
So kalau korang dari Kelantan, jangan jauh-jauh datang Kedah nak masuk Thailand, ikut je Sungai Golok tu. Cuma untuk kereta, van, motorsikal saya sarankan untuk ambil insurans kenderaan. Kalau di Kedah, sebelum korang sampai Bukit Kayu Hitam, ada satu Pekan iaitu Changloon. Kat sini kiri kanan ada kedai-kedai jual insuran. Korang boleh tanya diorang pakej apa yang okay, apa yang patut korang ambil. Sebab kat Thailand, diorang bawak kenderaan menggila. Haha. Baik berjaga-jaga sebelum jadi apa-apa. Antara dokumen yang korang kena ada adalah geran kereta, passport dan pastinya kenderaan korang. πŸ˜‰
.
Yang ke-2 adalah menggunakan bas. So bas banyak dari area KL. So kalau korang dari area KL, beli je kat TBS tu atau mana-mana stesen. Terus ke Hatyai. Harga tiket bas saya tak survey, korang tanya la nanti kaunter tu. Hehe. 😁
.
Yang ke-3 adalah korang ke sempadan Malaysia – Thailand. Da sampai Pekan Danok ada banyak tuk tuk dan grab car yang korang boleh naik untuk ke sana. Cuma cara ni saya tak sarankan sebab agak mahal. Tapi kalau pergi ramai-ramai, bahagi seorang sikit, yes murah balik.
.
Yang ke-4 korang boleh naik flight dari Klia2 ke Hatyai. Airasia ada flight ke Hatyai.
.
Yang ke-5 dengan train. Kalau dengan train ni kalau dari KL Sentral tak silap saya dalam RM70 sehala sampai ke Padang Besar. Macam saya naik di Stesen Anak Bukit di Kedah hanya RM 5.20 sehala ke Padang Besar. Kalau naik komuter, tiket hari tersebut hanya dijual pada hari tersebut, tak boleh beli awal. Da sampai Padang Besar korang kena beratur plak nak beli tiket ke train ke Hatyai. Dalam 50 Bath seorang, kalau ringgit RM 7 seorang untuk sehala. Tapi kalau korang datang dengan famili yang ada anak kecil, saya tak sarankan datang masa weekend. Orang ramai gila. Memang jadi macam sardin. Train ke Hatyai ada setiap hari. Train ke Hatyai ada 2 waktu 9.55 pagi dan 4.40 petang waktu Malaysia. Kaunter tiket train ke Hatyai buka jam 9 pagi. Train balik ke Malaysia saya amik jam 2 petang dari Hatyai waktu Thailand. Kalau train balik Padang Besar waktu pagi jam 7.30 pagi waktu Thailand dari Hatyai.
.
Sebelum pergi saya kaji macam mana nak ke sana. Last sekali naik train sebab nak merasa macam mana naik train klasik Thailand seperti yang digembar gemburkan tu. Dari Stesen Padang Besar ke Hatyai Junction Station dengan train amik masa 50 minit. Kalau dapat train yang agak uzur sikit, tabah la. Kadang-kadang kipas rosak, tingkap tak leh buka, berkuap la dalam train tu. Haha
.
DA SAMPAI HATYAI MACAM MANA NAK BERGERAK
.
So kalau yang datang dengan kenderaan sendiri korang boleh la jalan sendiri. Kalau yang datang dengan flight atau train, korang boleh sewa motor, kereta atau korang boleh bergerak naik tuk tuk dan grab kat area Hatyai ni. Kalau naik grab selalu check kat apps grab dan Facebook Grab Thailand, kadang-kadang diorang ada promotion code.
.
Kalau macam grab memang da ada harga tetap. Kalau tuk tuk, sebelum korang naik, deal dulu harga betul-betul, supaya korang tak kena tipu harga nanti.
.
Kalau sewa kenderaan sama juga macam bawa kenderaan sendiri. Saya sarankan korang ambil insuran Boleh tanya dengan orang yang sewa tu insuran apa yang ditawarkan. Kalau sewa motor, pakai la topi keledar. Orang kat sini memang tak pakai tapi kalau kita pun tak pakai. Kalau kena saman, makan tak habis. Haha. Ada sesetengah kedai sewa dia nak amik passport korang. Tapi macam saya ada amik kat satu family Muslim di sana yang buat sewa motor. Diorang hanya tangkap gambar passport je. Risau gak nak sewa kat tempat yang dia nak pegang passport. Passport tu da macam IC kalau kat luar negara. Ni contact no tempat saya sewa motor tu. +66805216330. Orangnya nama Alisa, muslim dari Pattani. Dia buat bisnes ni dengan mak ayah dia. Memang diorang menetap di Hatyai. Harga sewa motor sehari 250 bath. Pastikan korang tangkap gambar kenderaan yang korang sewa siap no plat supaya senang korang nak cari balik nanti. Kita takkan dapat hafal no plat Thailand dalam tulisan Thai yang bentuk bunga-bunga tu. 😊
.
DEPARTURE CARD
.
Masa di sempadan korang akan dapat arrival card dan departure kad yang warna biru. Arrival card pegawai immigresen Thailand akan amik masa masuk Thailand. Tapi departure card korang akan bagi masa nak balik Malaysia nanti. Simpan baik-baik. Kalau hilang tu, masalah nanti. 😲
.
PENGINAPAN
.
Penginapan kalau korang tak nak fikir banyak amik je yang dalam Pekan Hatyai. Anggaran boleh dapat dari RM 40 hingga sehabis mahal. Haha. Saya hari tu amik di luar Pekan Hatyai. Penginapan dalam hutan. Konon nak merasa resort. Semalam RM50 je. Nama resort Pang Mai Resort, dalam 20 minit dari Pekan Hatyai dengan motor. Dapat la rasa suasana hutan, malam-malam bunyi cengkerik. Tapi setiap kali nak balik hotel dari Pekan Hatyai fuhhh rasa jauh je. πŸ˜…
.
Saya bayar penginapan ni guna kad Bigpay di Agoda. Dapat la Bigpoint sikit nak calim flight free nanti. So kalau korang nak apply kad bigpay boleh download kat Playstore atau Google Play. Pastikan korang guna referral code E4EUSBEMXZ. Nanti korang akan dapat free RM 10 dalam akaun. Fuhhh sempat lagi promote Bigpay. Jangan lupa guna referral code tu tau. Kahkahkah. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
INTERNET DI THAILAND
.
Ada beberapa syarikat yang tawarkan internet di Hatyai. Korang boleh dapat dengan harga lebih kurang 299 bath 3gb high speed internet, lepas tu slow. Masih ada internet tapi da habis 3 gb tu slow. Tagline dia unlimited internet tapi slow selepas 3 gb. Haha. Kalau korang malas nak fikir, nak roaming je. Yang saya guna di sana. Untuk Hotlink sehari 1gb RM10. Jika Digi RM 25 untuk 3 hari dan dapat 3gb. Umobile rare, dia bagi unlimited data RM10 untuk sehari. Guna untuk buat LIVE sikit sikit dengan guna maps je pun. Nak streaming tengok TV ke, guna je wifi kat penginapan. Untuk simcard Thailand tu korang boleh je beli kat Shopee ke Lazada dalam RM 25 tambah shipping RM 5. Ada yang jual murah, ada yang jual mahal, padahal jumlah data yang dapat sama je.
.
APA YANG ADA KAT HATYAI NI.
.
Macam korang tahu famous dengan makan kat sini. Nak kata murah, bagi saya lebih kurang harga Malaysia je. Mungkin kesan duit kita jatuh. Kalau duit kita seperti sebelum ni macam 100 bath = RM10, ye saya boleh kata murah. Tapi sekarang dalam RM 12 lebih, so tak murah sangat la. Nak ke tempat-tempat kat Hatyai ni korang boleh la guna tuk tuk, grab dan kenderaan bagi yang memandu. Kalau memandu, on je GPS, tak perlu susah susah nak tanya orang tepi jalan. Taip je naik pergi mana, jumpa la nanti tu. πŸ˜‰
.
Bawah ni saya senaraikan tempat menarik yang ada kat Hatyai dan kawasan sekitar yang korang boleh pergi. Tak dapat nak cerita satu satu tempat, nanti makin panjang post ni. Hehe. Ni antara tempat menarik. Banyak lagi tempat di Hatyai, saya pun tak habis explore lagi.

πŸ“Œ Hatyai Municipal Park
πŸ“Œ Hatyai Cable Car
πŸ“Œ Central Festival Mall ( Tempat shopping dan makan )
πŸ“Œ Lee Garden Plaza Street ( Tempat shopping dan makan )
πŸ“Œ Asean Night Bazaar ( Tempat shopping dan makan )
πŸ“Œ Khlonghae Floating Market ( Buka jam 3 petang sampai 10 malam. Datang pukul 3 petang kalau tak nak bersesak orang ramai. Lepas pukul 4 petang orang da start ramai. Hanya buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ) ( Tempat shopping dan makan )
πŸ“Œ Masjid Songkhla ( Lelaki datang melawat masjid ja noo. Jangan jumpa tok kadi πŸ˜„ )
πŸ“Œ Pantai Samila
πŸ“Œ Chang Puak Camp
.

Kalau nak makan ada Kai Tod Decha, Restoran Kelantan, Klonghae Floating Market tu, tingkat atas Asean Night Bazaar. Ni yang famous la. Ada banyak lagi kedai halal yang boleh makan. Macam depan Kai Tod Decha ada warung Anwar Kai Tod. Banyak kedai halal di Hatyai. ☺️
.
KOS KE HATYAI
.
Tentang jumlah kos saya tak boleh nak konklusikan sebab subjektif. Ia bergantung pada masing-masing. Kalau korang makan banyak, shopping banyak, datang dengan family yang ramai. So kos dia lagi banyak. Saya datang berdua dengan isteri, so kosnya sedikit. Dari segi kos itu subjektif. Saya tak boleh nak buat cerita tips jimat ke Hatyai. Cuma saya kongsikan macam mana untuk korang pergi dan bergerak disana. 😊
.
Ni adalah tips untuk kalau korang datang dalam jumlah yang sikit, famii trip ke, trip kekawan ke. Kalau trip satu kampung, tak yah pening kepala. Amik je pakej ke Hatyai dari mana-mana travel agent. Tak yah pening kepala. 😊
.
Kalau nak tau lebih lanjut mana mana nak ke kawasan lain di Thailand boleh juga follow https://web.facebook.com/cikgujoesatun Dia banyak kongsikan tips untuk ke Thailand.
.
Kalau korang ada apa apa nak tanya, boleh tinggalkan di ruang komen. Nanti saya balas. 😊
.
##Update. Tentang harga bas saya da dapat. Kalau dari TBS boleh naik bas Alisan Golden Coach Express. Harga RM 70 seorang. Bas jam 8 pagi. Terus ke Hatyai.
.
.
FAUZLI RAZAK

Lepak Crew

I am me Lets lepak