Melancong ke angkasa (ISS)

Awal tahun depan anda boleh melawat International Space Station (ISS).

Tambang pergi balik adalah USD 58 juta (RM240.58 juta) dan penginapan adalah USD 35,000 (RM 145,180) bagi satu malam.

Sebulan sahaja penginapan sudah USD1,050,000 (RM 4,355,400) 🤠😈😜

Daripada USD 35,000 (RM 145,180) per night ini pecahan bayaran adalah sperti berikut:

USD 22,500 (RM 93,678.75) untuk “supplies”.

USD 11,250 (RM46,665) adalah untuk penggunaan air, oxygen dan tandas.

USD 1500 (RM6245.25) adalah untuk Internet pada kadar USD50 (RM 207.40) per GB. Kalau ini tidak dipakai anda boleh roll over. 30GB sehari lebih dari cukup.

Anda boleh memilih ikut sama ada Crew Dragon Capsule milik Space X atau CST-100 Starliner milik Boeing.

NASA tidak ambil tahu pasal booking. Contact SpaceX atau Boeing untuk penempahan.

Satu lagi versi milik Space X cuma untuk cargo di panggil Cargo Dragon Capsule.

Kedua dua Capsule human version Milik Space X atau Boeing ini masing masing boleh membawa 7 Crew.

Roket Pelancar: Falcon 9 Block 5 milik Space X.

Tapi Boeing Starliner compatible juga dengan Rocket Vulcan, Atlas V dan Delta IV juga. The choice is yours.

Tempoh tinggal up to 30 days.

Now is a catchpoint—- rocket boleh sampai Ke ISS dalam masa tidak sampai 10 minit tetapi untuk dock dengan ISS memakan masa paling kurang 6 Jam.

Anda kena “rendez-vous” dengan ISS. Anda kena biar ISS kejar anda bukan anda kejar dia. Apa saja yang bergerak pantas susah di kejar. ISS travel at 27,576 km/jam atau 7.66 km sesaat. Laju tu…

Anda kena guna teknik orbital maneuver yang dipanggil “Hohmann Transfer.” Anda kena baca bab “Orbital Mechanics”…Tapi buat masa ini teruskan cerita ini…

Untuk bertangkup dengan ISS kelajuan capsule anda mesti sama dengan ISS; 27,576 km/ jam.

ISS tidak boleh slow tunggu anda. Begitu juga speed anda juga kena begitu. Ini bukan Bas express Alor Star-KL. Orbital Velocity ini sudah tetap – balance diantara graviti bumi dan escape velocity bumi.

Formula (telah saya ringkaskan supaya anda senang kira);

KELAJUAN ISS= square root (GX Mass bumi/ jejari bumi+jarak ISS dengan bumi).

G (gravity constant)=6.67X10^-11
Mass bumi=5.97X10^24
Jejari bumi= 6.38X10^6
Jarak ISS dengan bumi= 4.1X10^2
Speed ISS=27,576 km/jam atau 7.66 km/saat.

Berapa kali anda akan pusing bumi anda sudah boleh kira sendiri.

Terlalu laju anda akan terpelanting Ke outer space dan slow Terlalu slow anda akan jatuh kebumi. Orbital Velocity follow Newton’s First Law of Motion dimana saintis sudah kira awal awal di bumi, cuma spaceship atau apa saja probe kita bawa dengan roket pada ketinggian orbit tersebut pada kelajuan orbital velocity. Lepas saja disana pada orbital Velocity. Dia akan terbang pada kelajuan tersebut untuk selamanya sehingga ia dihalang sama macam bulan pusing bumi— sama perinsipnya 😳😳😳. Bulan mana ada pakai minyak petrol begitu juga semua cakrawala.

Apa pun selamat melancung 419 km dari bumi dan mengelilinginya tiap 90 minit sekali. Average height sebenarnya 400 km due to atmospheric drag di Low earth Orbit (juga don’t worry bab ini— life is meant to be easy 😎🤓).

Setiap hari anda boleh lihat 16 matahari naik dan 16 matahari jatuh dan nampak kampung setiap 90 minit jika kebetulan ikut laluannya.

24 jam=1,440 minit
Jumlah orbit= 1,440/90=16 kali sehari.

Setakat 30/5/2019 ISS dah orbit bumi 116,178 kali sejak dilancarkan pada 20/11/1998.

By the way untuk Ke ISS tidak cukup hanya dengan anda kaya raya, anda mesti fit untuk dilatih sebagai seorang angkasawan (real) and pass medical test. Walaupun pelancung anda dikira sebagai bertaraf crew.

Siapa agaknya pelancung pertama? Sultan Brunei atau Bill Gates?

Selamat melancung Ke angkasa lepas. Good luck😉.

Lepak Crew

I am me Lets lepak