TERTIPU DI LONDON

Anda mungkin tidak langsung memikirkan London sebagai sebuah Kota Metropolitan yang penuh dengan penipuan jalanan/street scam?? anda salah. Dengan 20 juta pelancong yang melawat setiap tahun, terlalu banyak kes orang kita telah ditipu oleh street scammer di sekitar Kota London. So sebelum anda merancang untuk melancong di London, adalah lebih baik untuk kita persiapkan diri dengan sedikit pengetahuan mengenai aktiviti2 jenayah terancang jalanan ini. Dengan ada sedikit pengetahuan, percutian kita akan lebih selamat dan bahagia. Antara aktiviti2 jenayah street scam dengan penjelasan ialah seperti berikut:

  1. Penukaran Mata wang

Apabila anda menggunakan kad untuk mengeluarkan wang tunai atau membayar di kedai-kedai atau restoran, anda sering diberi pilihan untuk membayar dalam Ringgit Malaysia berbanding mata wang tempatan British Pound Sterling. Selalunya bila anda ke butik2 atau Mall seperti Selfridges atau pun Harrods dan yang lain2, apabila anda berbelanja menggunakan kad debit/credit dari Malaysia, mereka akan mengesyorkan anda supaya memilih matawang Ringgit berbanding British Pound Sterling, ini kerana mereka dapat keuntungan berganda melalui transaksi ini. So jangan tertipu, bila kita pilih guna Ringgit Malaysia ternyata lebih mahal berbanding kita pilih Pound Sterling.

  1. Polis palsu dan wanita jalanan (gypsy)

Terdapat banyak kes orang kita telah ditipu oleh Polis2 palsu ini terutamanya dia kawasan yang dikenali sebagai “Kampung Malaysia” iaitu di area Bayswater-Queensway-Paddington. Ramai warga Malaysia bertumpu untuk tinggal di hotel2 sekitar kawasan ini kerana terdapat banyak pilihan restaurant milik Malaysia di sini dan ia juga sangat berdekatan untuk ke pusat2 membeli belah dan rekreasi. Antara kes yang selalu kita dengar ialah mangsa tertipu apabila Polis palsu menunjukkan lencana polis mereka dan berpakaian seperti Polis. Mereka akan menahan, meminta dan memeriksa dokumen2 penting anda sambil tangan pantas mereka mencuri barang berharga atau wang tunai. Ingat tuan puan, Polis atau sesiapapun tiada hak untuk menahan anda jika anda tidak melakukan apa2 kesalahan, jika ada pun hal itu akan dibuat di stesen polis, bukan di jalanan. Peminta sedekah dari kalangan wanita2 gypsy ini ialah merupakan pemandangan yang sangat biasa kita akan nampak setiap hari di Kota London, mereka akan memberi salam kepada orang Melayu memberi bunga kemudian meminta anda membayarnya dan akan menggunakan nama agama untuk menipu duit anda.

  1. Tiket palsu bas Hop on Hop off dan Theater

Seperti sedia maklum, London merupakan Kota yang terkenal dengan tayangan Theater atau broadway. Jika ada orang di jalanan menawarkan tiket yang melampau murah untuk tayangan tersebut, itu ialah scammer..Sebaiknya jika anda nak selamat untuk membeli tiket2 ini, boleh la membeli melalui online, walaupun kekadang mahal sedikit tapi ialah selamat dan boleh dipercayai begitu juga dengan tiket bas hop on hop off.

  1. Penyeluk Saku & Ragut

Kes2 pelancong Malaysia di rompak di kenderaan awam memang biasa kedengaran..Ini mungkin kerana pelancong kita lebih cenderunh untuk membawa wang tunai berbanding menggunakan kad debit/credit yang sememangnya lebih mudah digunakan di hampir keseluruhan tempat di London. Bila anda membawa baby stroller, tolong jangan simpan handbag atau bag yg mempunyai barang bernilai di bawah baby stroller itu ketika menaiki transport awam. Elakkan meletakkan dompet di poket belakang seluar, jangan memakai emas, berlian ketika menaiki transport awam.

  1. Bertemu Mat Salleh yang peramah

Jika anda sedang duduk makan atau minum di dalam restaurant, jangan lah anda meletakkan handphone/ barang2 bernilai anda di atas meja. Walaupun anda merasakan restaurant yg anda makan tu tidak mungkin ada pencuri, anda silap bussku. Selalunya pencuri akan berpakaian kemas dan membawa surat khabar, dia akan cepat2 menutup barang anda menggunakan surat khabar sambil membawa anda berbual mesra..Tangan mereka sangat cepat sehingga kita tidak sedar barangan kita sudah pun di ambil..Bijak?

  1. Magic show

Di tempat2 utama tarikan pelancong, anda mungkin akan perasan sekumpulan orang Eropah Timur akan berkumpul utk menyaksikan Magic Show..orang2 yg berkumpul di situ sebenarnya ialah pencuri2 yang menyamar sebagai pelancong untuk menarik pelancong lain utk menyaksikan Magic Show tersebut..Taktik memancing ini dilakukan secara beramai2 dimana seorang akan membuka zip bag, seorang lagi akan mengambil barangan anda, kemudian di serahkan kepada seorang yg lain tanpa anda sedari anda sudah kehilangan ribuan ringgit. So bila nampak magic show, bagus kamu lari laju2 sambil pegang beg kamu..

Terdapat beberapa lagi aktiviti2 scammer di sekitar Kota London yang memilih mangsa dari kalangan pelancong terutamanya sekali pelancong Malaysia yang berbudi pekerti yang baik. Tetapi ini sahaja yang sy sempat sediakan..Jika anda mempunyai info tambahan silakan menambah dalam ruang komen sy akan edit kembali..Akhir kata, memang seronok melancong dan shopping di London, lagi2 ketika cuaca sejuk2 kan, KESELAMATAN IALAH KEUTAMAAN tetapi kadang kala nasib tidak bagus sebab kurangnya pengetahuan, kita kena scam dan kehilangan jumlah duit yang banyak yang mungkin akan menjatuhkan mood kita ketika tengah bercuti, so untuk elakkan mari kita sama2 baca dan kongsikan kepada kawan2 kita untuk elakkan kejadian yg kita tidak inginkan.. Have fun!!

Kredit to: Ben Duzy.

Lepak Crew

I am me Lets lepak