Titik tertinggi dan terendah di dunia

Gunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter dari aras laut. Gunung Everest mendapat nama dari seorang lelaki British yang bernama Sir George Everest pada 1865.

Di Tibet gunung ini dikenali sebagai Qomolangma yang bermaksud ‘ Ibu yang Suci’. Mengikut kajian, gunung Everest ni sebenarnya ‘tumbuh’ sebanyak 0.25 inci setiap tahun.

korang perlu menyediakan duit sekitar RM430,000 untuk kesemua kos, terdapat 17 laluan berbeza tapi hanya 2 laluan yang selalunya digunakan oleh para pendaki.

Data pada tahun 2018 menunjukkan seramai
295 orang telah mati semasa pendakian dan 5294 orang pula telah berjaya sampai ke titik paling tinggi didunia.

Kalau Everest menjadi titik paling tinggi didunia kat mana pulak titik paling rendah? Jawapannya terletak dibawah laut yang dalam.

Tidak lain tak bukan titik semulajadi yang paling rendah tu Jurang Mariana yang berada di Filipina. Dalam jurang ni ialah 11,034 meter. Ya, 11 kilometer, titik paling tinggi hanya 8 kilometer sahaja.

Jurang yang terletak 200 kilometer dari pulau Mariana ni berbentuk seakan-akan bulan sabit dan mempunyai sepanjang 2550 kilometer. Tekanan air di kawasan terendah ni boleh mencapai 15,750 psi atau 1071 kali ganda lebih kuat berbanding tekanan normal atmosfera.

Suhu air pada kedalaman ekstrem ini mencecah 1 hingga 4 darjah celcius, cahaya matahari tidak dapat tembus disebabkan terlalu dalam. Maka hidupan yang ada di sekitar jurang mariana akan mengeluarkan cahaya sendiri dan mempunyai rupa bentuk yang pelik seolah-olah berada di sebuah planet asing.

Kredit John mohamed

Lepak Crew

I am me Lets lepak