Corona Virus Asymptomatic

China pada (1 April 2020) telah mengeluarkan data terkini yang merisaukan, iaitu 1300 kes positif Covid 19 yang asymptomatic. ASYMPTOMATIC bermaksud tiada simptom.Mereka dijangkiti corona virus dan tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal seperti demam, batuk, sukar bernafas. Malahan sakit tekak, selsema, sakit-sakit badan pun tiada. Menjadi ‘asymptomatic carrier’, bermakna mereka membawa dan menyebarkan corona virus tanpa dirinya dan orang sekeliling sedar.

Pihak CDC menganggarkan bahawa ‘asymptomatic transmission’ boleh menyumbang setinggi 25 peratus kes.Data-data sedia ada sebelum ini menunjukkan ramai antara mereka tiada sebarang simptom atau gejala semasa mereka disahkan positif covid 19.Contohnya dalam kes penumpang kapal layar Diamond Princess, dari lebih 700 orang yang di ‘test’ positif covid 19, 46 peratus dari jumlah ini tiada sebarang gejala semasa mereka diuji.Dari jumlah yang asymptomatic ini pula, ada pecahan yang dipanggil ‘presymptomatic’, iaitu semasa diuji positif mereka tiada simptom, namun beberapa hari selepas itu baru menunjukkan simptom.

Mereka yang pre symptomatic ini pula ramai yang hanya menunjukkan ‘mild to moderate symptoms’ sahaja, iaitu simptom biasa biasa (seperti demam, batuk yang biasa atau sikit sikit). Atas perkembangan kes ‘asymptomatic carrier’, maka pihak ‘public health experts’ mereka menimbangkan saranan untuk semua orang perlu memakai ‘face mask’ (bukan hanya mereka yang sakit dan golongan ‘healthcare workers’ sahaja. Oleh kerana kes ‘asymptomatic carrier’ inilah, teramat amat pentingnya ‘Social Distancing’. Patuhilah arahan PKP negara kita, Kurangkan dan minimumkan berjumpa orang lain, tempat tempat tumpuan ramai atau pun ke pasaraya.

Social distancing’ bukan hanya untuk mereka yang sakit, mereka yang sihat pun perlu patuhi, ditakuti anda mungkin sebagai pembawa ‘asymptomatic carrier’.Cara tipikal corona virus tersebar ialah menerusi ‘respiratory droplets’ yang keluar bila pesakit batuk / bersin. Maka dalam kes ‘asymptomatic carrier’, kadar jangkitan agak rendah. Kemungkinan virus ini untuk keluar dari tubuh pesakit yg tiada simptom ini ialah menerusi wap pernafasan (semasa bercakap atau gelak). Sebab itu pentingnya pemakaian ‘face mask’ dan ‘social distancing’. Semoga wabak Covid 19 segera berakhir. ‘Stay At Home’

Lepak Crew

I am me Lets lepak